AWAS MEMILIH AGEN!
Elakkan masalah! Pilih agen yang......
- Memaparkan gambarnya dalam blog atau laman web
- Memaparkan alamat pejabat yang lengkap dan mudah dicari, supaya tak tertipu
- Mudah untuk ditemui sebelum dan selepas nikah (bukan kena tunggu sampai agen balik dari Siam)
- Mempunyai surat izin dari Majlis Agama Islam Songkhla, sebagai bukti agen yang sah
- Menggunakan Pemandu rakyat Thai, supaya mudah mendapat kereta atau pemandu ganti (dari keluarga atau rakan) kalau kereta rosak atau kemalangan, dan mudah berurusan di MAIS (sebab sama kaum). Pemandu yang terlibat dengan kemalangan tentunya tak boleh membawa pasangan untuk meneruskan perjalanan sebab dia perlu membuat laporan Polis.
KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Dokumen Penting Dari Thailand
Bagi rakyat Malaysia, Nikah di Thailand tak lengkap selagi tak dapat dokumen berikut:
- Surat nikah dari Pejabat Agama yang diiktiraf oleh JAKIM
- Surat pengesahan nikah dari Pejabat Agama yang diiktiraf oleh JAKIM
- Surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla
Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia adalah dokumen paling penting dari Thailand.
Dokumen ini akan diperlukan jika disoal oleh Pegawai Pencegah Maksiat (surat nikah saja tak cukup) dan untuk pendaftaran nikah di Pejabat Agama di Malaysia.
Sebagai bukti bahawa surat Konsulat akan diperlukan, lihat laman web Jabatan Agama berikut:
Jangan berurusan dengan agen yang kata surat Konsulat tak penting!
PERHATIAN:
Surat Konsulat hanya boleh dipohon sebelum 12pm pada hari bekerja dan dikeluarkan di sebelah petang sehari selepas permohonan dibuat. Hanya pasangan sendiri saja yang boleh mengambil surat Konsulat dari kaunter di Konsulat Malaysia di Songkhla.
Konsulat ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti am Malaysia dan Thailand.
Ambilkira fakta ini dalam merancang perjalanan ke Siam.
Klik untuk CARA MEMOHON SURAT KONSULAT
Apa yang perlu dibawa
- Sediakan kad pengenalan, pasport (masih ada tempoh sah sekurang2nya 6 bulan) atau pas sempadan (bagi penduduk Kedah, Perlis, Kelantan dan Hulu Perak).
- Sekiranya berkahwin dengan rakyat asing selain negara ASEAN, semak dulu dengan kedutaan Thailand samada mereka perlu mendapatkan visa dari Kedutaan Thailand sebelum pergi ke Thailand.
- Sekiranya ada hutang PTPTN, MARA dll yang tertunggak, Semak status sekatan imigresen.
- Sekiranya akan nikah di Pejabat Agama Islam Satun, bawa gambar berukuran pasport.
- Bagi janda/balu, bawa surat cerai/surat kematian suami yang asal
- Bawa kamera atau handphone yang ada fungsi videocam yang jelas. Videocam ini akan digunakan untuk merakamkan akad nikah, untuk tatapan hakim mahkamah syariah waktu pengesahan nikah di Malaysia nanti. Atas sebab-sebab keselamatan, kamera/fon harus disediakan oleh pasangan sendiri. Lagi pun, kalau kami menggunakan kamera kami untuk merakam akad nikah, kemudian kami berikan CD kepada pasangan, bagaimana untuk menunjukkan kandungan CD itu kepada hakim! Berbeza dari kamera atau fon yang boleh diserahkan kepada hakim supaya dia boleh menonton video akad nikah itu!
- Pakailah mana-mana pakaian yang menutup aurat untuk akad nikah.
Perjalanan
Pakej Sehari (RM1,500)
Pakej ini boleh diambil pada hari apa pun, tak perlu hari bekerja.
- Pergi ke Bukit Kayu Hitam, untuk tiba di sana paling lewat pukul 12:30 tengahari waktu Malaysia atau kami ambil dari airport Hat Yai atau hotel di Hat Yai paling lewat pukul 1:30pm waktu Thailand.
- Dari sana, kami akan bawa terus ke Pejabat Agama Islam Songkhla untuk nikah.
- Selepas nikah, kami akan hantar ke airport Hat Yai atau Bukit Kayu Hitam untuk perjalanan balik.
- Surat-surat nikah akan dibawa balik bersama. Surat pengesahan Konsulat tak termasuk dalam pakej ini.
- Pakej ini tidak disediakan dengan hotel.
- Harga Pakej Sehari ialah RM1,500.
Pakej Dua Hari Bekerja (RM1,800)
- Pergi ke Bukit Kayu Hitam, untuk tiba di sana sekitar pukul 7:00 pagi, supaya sempat memohon surat pengesahan Konsulat pada pagi yang sama dan balik pada petang esoknya dengan surat itu.
- Kalau memandu ke Bukit Kayu Hitam, parking bermalam disediakan di Kompleks Bebas Cukai.
- Kami akan bawa dari Bukit Kayu Hitam ke Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) atau Majlis Agama Islam Yala (bagi wanita yang walinya tinggal kurang dari 2 marhalah dari MAIS) untuk akad nikah
- Bayar harga pakej kepada orang kami yang membawa ke Majlis Agama, setelah sampai ke Pejabat Agama, sebelum akad nikah berlangsung.
- MAIS/MAIY akan melantik wali am bagi mereka yang tidak membawa wali nasab.
- Selepas akad nikah, MAIS atau MAIY akan mengeluarkan surat nikah dan surat pengesahan nikah
- Sesudah itu, kami akan bawa ke Konsulat Malaysia di Songkhla. Serahkan surat pengesahan nikah dari MAIS/MAIY kepada Konsulat.
- Selesai urusan di Konsulat, kami akan bawa ke sebuah restoran Islam di tepi pantai Songkhla untuk makan tengah hari
- Lepas makan, boleh bersiar-siar sekitar Songkhla atau kami akan hantar ke sebuah hotel di Hat Yai atau Danok.
- Keesokan harinya, kami akan jemput dari hotel dan bawa ke Konsulat untuk mengambil surat pengesahan dari Konsulat, yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia.
- Setelah dapat surat dari Konsulat, kami akan hantar semula pasangan ke Bukit Kayu Hitam atau lapangan terbang Hat Yai atau Bukit Kayu Hitam untuk perjalanan pulang ke Malaysia. Masa tiba di Bukit Kayu Hitam ialah sekitar pukul 5pm.
Bayaran untuk Pakej Dua Hari diatas ialah RM1,800 termasuk satu bilik hotel untuk satu malam.
Pakej Tiga Hari Bekerja (RM2,100)
- Pergi ke Bukit Kayu Hitam, untuk tiba di sana paling lewat pukul 12:30 tengahari, atau kami ambil dari airport Hat Yai atau hotel di Hat Yai paling lewat pukul 1:30pm waktu Thailand.
- Kami akan bawa ke Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) atau Majlis Agama Islam Yala (bagi wanita yang walinya tinggal kurang dari 2 marhalah dari MAIS) untuk akad nikah
- Bayar harga pakej kepada orang kami yang membawa ke Majlis Agama, setelah sampai ke Pejabat Agama, sebelum akad nikah berlangsung.
- MAIS/MAIY akan melantik wali am bagi mereka yang tidak membawa wali nasab.
- Selepas akad nikah, MAIS atau MAIY akan mengeluarkan surat nikah dan surat pengesahan nikah
- Sesudah itu, kami hantar ke hotel.
- Pagi hari kedua, kami akan bawa ke Konsulat Malaysia di Songkhla. Serahkan surat pengesahan nikah dari MAIS/MAIY kepada Konsulat.
- Selesai urusan di Konsulat, kami akan bawa ke sebuah restoran Islam di tepi pantai Songkhla untuk makan tengah hari
- Lepas makan, boleh bersiar-siar sekitar Songkhla atau kami akan hantar balik ke hotel.
- Keesokan harinya, kami akan jemput dari hotel dan bawa ke Konsulat untuk mengambil surat pengesahan dari Konsulat, yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia.
- Setelah dapat surat dari Konsulat, kami akan hantar semula ke Bukit Kayu Hitam atau lapangan terbang Hat Yai untuk perjalanan pulang ke Malaysia. Masa tiba di Bukit Kayu Hitam ialah sekitar pukul 5pm.
Bayaran untuk Pakej Tiga Hari diatas ialah RM2,100 termasuk satu bilik hotel untuk dua malam.
Pilihan pakej lain ada di sini.
Pakaian untuk akad nikah hendaklah menutup aurat.